HiburanSelebriti

Kanser Perut Sudah Berada Di Tahap Akhir & Menanti Hari… Ebit Lew Pohon Doakan Untuk Bapanya

Pendakwah popular melakukan kerja-kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew memaklumkan kanser perut yang dialaminya oleh bapanya sudah berada di tahap akhir.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ebit memaklumkan kanser berkenaan telah merebah dan hanya menanti hari.

“Pohon doakan buat ayah saya yer.. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif.

“Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik-beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye,” ujarnya.

Beliau berkata, ketika ayahnya sedar mereka berdua sempat berbual dan memberi beberapa pesanan kepadanya.

Ujar beliau, antara pesanan yang disampaikan oleh ayahnya adalah meminta dia meneruskan misi membantu.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya.

“Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan.

“Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah- EbitLew,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button