AntarabangsaBollywood

Kareena Kapoor Tidak Berhasrat Kembang Karier Di Luar Negara

Karier pelakon Priyanka Chopra yang semakin berkembang di luar negara bukan sahaja membuatkan keluarganya bangga, malah kebanyakan artis cuba untuk mengikut jejak langkahnya.

Bagaimanapun, bagi pelakon Kareena Kapoor, dia sememangnya tidak berhasrat untuk mengembangkan kariernya, biarpun mengakui sangat kagum dengan pencapaian rakan pelakonnya itu.

“Apa yang sudah dia lakukan itu sangat menakjubkan dan ia adalah satu percubaan yang berani. Saya benar-benar kagum dengan dia, meskpun tidak berhasrat mengikut jejak langkahnya.

“Tidak semua orang yang boleh mengikut jejak langkahnya itu untuk mengembangkan karier di luar negara sehingga sukses di Hollywood,” ujarnya.

“Apa yang sudah dia lakukan itu sangat menakjubkan. Itu adalah sisi berani Priyanka yang kulihat. Aku benar-benar kagum padanya karena kurasa aku tak punya ambisi dan determinasi seperti dirinya,” ungkap Kareena Kapoor.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia tidak mahu mengikut jejak langkah Priyanka, ternyata alasan utama Kareena adalah faktor keluarga.

Ujarnya, dengan statusnya sebagai isteri dan sudah memiliki anak, adalah sesuatu yang sukar buat dirinya untuk meninggalkan India.

“Saya mencintai India dan keluarga dan tidak mampu untuk berasa berjauhan. Lagipun Priyanka memulakan kariernya di luar negara ketika masih belum berkahwin lagi,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button