Cerita ArtisHiburan

Karunia Terhebat Hadiah Istimewa Isa Khan Buat Risteena Munim Sempena Perkahwinan

Pelakon Isa Khan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Risteena Munim telah menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat isteri tercinta.

Isa berkata, ia adalah sebuah lagu berjudul Karunia Terhebat yang diciptakan sepenuh olehnya sempena perkahwinan mereka.

“Karunia Terhebat adalah sebuah karya yang saya abadikan semua kisah cinta kami bermula daripada perkenalan sehingga sekarang.

“Memang karya ini saya hasilkan sepenuhnya untuk Risteena. Ia memang istimewa dan sebuah lagu perkahwinan,” jelasnya yang mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan lagu berkenaan.

Isa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis resepsi yang berlangsung pada malam tadi.

Pasangan tersebut telah bernikah pada pagi semalam setelah tertangguh pada November tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Risteena pula menyatakan dia mengetahui tentang lagu berkenaan diciptakan untuknya pada tahun lalu.

“Isa ada beritahu dia tengah tulis lagu untuk saya, cuma saya tak pernah tahu pun lirik dan muziknya. Saya ada juga minta nak dengar, tetapi dia kata nanti.

“First time saya dengar lirik lagu ni saya menangis. Saya rasa takkan ada lelaki yang buat macam tu kat saya dan itu yang buat saya hargai,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram @project2pi

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button