
Kawan Kantoikan Miley Dan Liam Dah Kahwin Senyap-Senyap?
Pasangan pelakon Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap-senyap semasa sambutan Krismas, semalam.
Hal itu menjadi hangat apabila rakan baik pasangan itu, Conrad Jack berkongsi gambar Miley memakai gaun putih dan Liam bertuxedo hitam sambil memegang pisau untuk memotong kek di hadapan mereka.
Rata-rata beranggapan pasangan itu telah mendirikan rumah tangga secara rahsia bagi mengelak menjadi tumpuan media dan paparazi.
Namun sehingga kini, wakil pengurusan kedua-dua pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kesahihan perkara tersebut.
Sebelum ini, beberapa media antarabangsa melaporkan pada bulan Mac lalu Miley ada merancang untuk mengadakan majlis pernikahan secara tertutup.
Miley dan Liam berkenalan pada 2009 selepas digandingkan menerusi filem romantik The Last Song. Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan bertunang pada 2016 selepas melalui beberapa episod perpisahan sebelum ini. – KopiPlanet.com