Cerita ArtisHiburan

Keadaan Kesihatan Tidak Mengizinkan, Caprice Terpaksa Tangguh Pelancaran Lagu Tiger Of Al Quds

Penyanyi dan usahawan popular Caprice memaklumkan dia terpaksa menangguhkan pelancaran lagu Tiger Of Al Quds berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh Caprice menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

“Sorry guys due to my current condition, doctors have told me to rest for a week.

“The launching of Tiger Of Al Quds will need to be postponed to 20.10.21,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan telah mendapatkan rawatan di hospital setelah disahkan mempunyai penyakit hipertiroid oleh doktor.

Tiger of Al Quds adalah sebuah lagu baharu Caprice, di mana video muziknya telah dirakam di Jordan dan Mesir ketika dia sedang melakukan misi kemanusiaan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang mempertikaikan tentang pembikinan muzik video lagu berkenaan dengan mempersoalkan tujuan asalnya negara-negara berkenaan.

Lagu tersebut sepatutnya akan dilancarkan oleh Caprice pada 10 Oktober ini. – KopiPlanet.com.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button