Cerita ArtisHiburan

Kehilangan Insan Tercinta… Ibu Ella Aminuddin Meninggal Dunia

Penyanyi rock wanita terkenal tanah air, Ella kehilangan insan tercinta apabila ibunya disahkan meninggal dunia hari ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Salam dan sejahtera . Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2:30 pagi tadi.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat serta rakan-rakan artis mengucapkan takziah atas pemergian ibu penyanyi berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
9

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button