EventHiburan

Kejayaan Konsert ANWAA 3.0 Jadi Bukti Aina Abdul Berada Di Kelas Tersendiri

Pentas Axiata Arena Bukit Jalil pastinya memberikan momen yang tersendiri dan cukup indah buat penyanyi popular Aina Abdul.

Pernah dinobatkan selaku juara di Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) tiga tahun lalu, Aina kembali di pentas yang sama dengan konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 3.0.

Setelah ANWAA 1.0 dan ANWAA berlangsung dijayanya sebelum ini, percaturan untuk menganjurakan sebuah konsert yang lebih besar ternyata satu keputusan yang tepat.

Kira-kira pukul 8.50 malam, Aina muncul di pentas dengan pembukaan lagu rancak dengan lagu Ghost dan Fool hingga mengundang sorakan 10,000 penonton.

Beraksi selama hampir tiga jam pada konsert berkenaan, penyanyi berkenaan tampil dengan pelbagai genre lagu, termasuk lagu-lagu daripada album pertamanya iaitu Imaji.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan seperti seperti Kelip-Kelip, Bleed, Sumpah, Bukan Untukku, Sedia Terluka, Nada Kalbu serta lagu yang dianggap sebagai lagu kebangkitannya berjudul Sepi.

Bagi membuktikan dirinya sebagai seorang penyanyi yang versatile, Aina turut mempersembahkan lagu-lagu tradisional, antaranya Fatwa Pujangga, Bunga Tanjung dan Empat Dara sebagai tribute kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Selain itu, Aina juga tidak ketinggalan mempersembahkan lagu seperti Shadow, Blue, Bilang, Sesal, Puas Sudah, Kejam, Maybe, Tunggu Kamu, Mimpi Kita, Semalam dan Jangan Mati Rasa.

Malah, dia turut tidak ketinggalan menyanyikan lagu medley lagu K-pop, I Will Go To You Like The First Snow, This Love, Shut Down dan How You Like That. 

Selain mempersembahkan sebanyak 34 buah lagu termasuk duet dengan beberapa rakan artis seperti Lah Ahmad dan, Khai Bahar Haziq AF, penyanyi itu juga menyanyikan lagu Atouna El Toufoule yang ditujukan khas buat warga Palestin.

Secara keselurhannya, konsert yang berlangsung pada berkenaan pastinya memberikan satu kepuasan tersendiri buat Aina dan tidak ketinggalan untuk peminat-peminat yang menyokongnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button