HiburanSelebriti

Kelly Azman Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Tak Dikenali, Siap Ajak Lakukan Hubungan Seks

Selebriti sensasi, Kelly Azman mendedahkan dirinya berhadapan dengan gangguan seksual seorang netizen lelaki yang tidak dikenali.

Kelly berkata, dia menerima mesej menerusi media sosial daripada netizen berkenaan yang menyatakan berahi melihat dirinya serta mengajak melakukan hubungan seks.

“Sejak minggu lepas lagi saya dah dapat DM (mesej) daripada netizen ni, cuma saya tak kenal siapa dia. Apapun mesej yang dihantarnya ini sangat mengaibkan.

“Ini adalah satu perbuatan yang tidak baik, apatah lagi dengan menggunakan fake account. Saya ni pula public figure, orang pun ramai kenal,” ujarnya.

Jelas Kelly, sebelum ini dia kerap menerima mesej daripada beberapa individu tidak dikenali, namun netizen kali sudah bertindak melampaui batas.

Ujarnya, dia juga mengesyaki bahawa netizen berkenaan adalah orang yang mengenali dirinya dan mahu bergurau dengan membuat akaun media sosial palsu.

“Kejadian sebegini pastinya sedikit sebanyak boleh menjejaskan fizikal dan mental saya. Kalau boleh, berhentilah lakukan perkara-perkara sebegini.

“Sekiranya perkara ini terus berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button