HiburanSelebriti

Kelly Azman Nafi Tumpang Populariti Aizat Saha, Mengaku Dirinya Sudah Popular Lebih Awal

Selebriti popular, Kelly Azman menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia menumpang populariti seorang influncer iaitu Aizat Saha atau lebih dikenali sebagai Abang POV.

Kelly berkata, perkara berkenaan ditimbulkan apabila dia memuat naik video di media sosial yang menampilkan dirinya bersama influencer berkenaan.

“Kami sekadar bertemu dan merakamkan content bersama-sama bagi mempromosikan acara yang berlangsung. Jadi, saya rasa tak perlu nak kecoh-kecoh sangat.

“Lagipun sebelum dia (Aizat) popular, saya pun dah popular dan lebih awal masuk industri. Tak perlulah nak kata saya ambil kesempatan tumpang populariti dia,” ujarnya.

Pada masa sama, Kelly juga meminta agar orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka buruk serta menyokong karier mereka berdua.

“Pada bulan puasa ni lebih baik kita semua berbuat baik antara satu sama lain dan tidak menyakiti hati orang. Apapun sokongan anda semua amatlah saya hargai,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button