HiburanSelebriti

Kelly Azman Rai 10 Karya Hebat, ‘Cover’ Semua Lagu Finalis AJL39 Dalam ‘Showcase’ Istimewa

Menyemarakkan lagi bahang Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), selebriti versatil, Kelly Azman tampil dengan sebuah muzik video istimewa menyaksikan dia menyanyikan semula atau ‘cover’ secara medley 10 buah karya finalis yang bakal bersaing pada 16 Februari ini.

Kelly atau nama sebenar Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, dia mengambil masa kurang daripada seminggu untuk menyiapkan projek tersebut yang diberi nama ‘AJL39 Showcase – Kelly Azman’.

Katanya, dia juga menggunakan khidmat juruvideo profesional dan menggayakan 10 pasang persalinan berbeza.

“Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk buat persiapan termasuk dari segi konsep dan juga baju yang mana menggunakan 10 persalinan.

“Saya juga menggunakan juruvideo profesional untuk muzik video tersebut dan paling penting saya menyanyi ‘live recording’,” ujarnya.

Raikan karya hebat

Ditanya mengenai inisiatif sendiri untuk menyiapkan muzik video tersebut, pelantun lagu ‘No No No’ itu menjawab dia mahu meraikan 10 buah karya yang berjaya melangkah ke AJL39.

“Kenapa saya ada ‘effort’ sendiri untuk buat kerana mahu meraikan dan menghargai 10 buah karya yang akan bersaing di AJL39.

“Lagu-lagu yang dipertaruhkan mempunyai kualiti masing-masing. Kalau bukan saya, siapa lagi yang mahu meraikan semua finalis ini.

“Saya mahu menghiburkan netizen terutama yang meminati acara kemuncak AJL39 nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kelly menyedari muzik video yang kini sudah dimuat naik di YouTube mendapat kecaman netizen, namun tidak mengambil hati. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button