AntarabangsaHollywood

Keluar Single Baru, Zayn Malik Tampil Berimej Rambut Biru

Seiring dengan pelancaran single baharunya, Sour Diesel, penyanyi Zayn Malik turut membuat kejutan tampil dengan imej terbaharu berambut biru.

Dikenali sebagai seorang yang gemar bereksperimen, Zayn tampak berani menggayakan rambutnya dengan warna yang jarang dipilih kebanyakan orang di luar sana.

Kemunculan pertama Zayn dengan rambut birunya dikesan ketika dia sedang bersiar-siar di sekitar kejiranan Soho, New York, baru-baru ini.

Sebelum tampil dengan imej rambut biru, Zayn juga pernah mewarnakan rambutnya dengan warna seperti blonde, kelabu dan pink.

Bekas ahli kumpulan One Direction yang menjadi kegilaan para gadis ini baharu sahaja putus cinta dengan model Gigi Hadid, dua bulan lalu.

Namun, sehingga kini status sebenar mengenai hubungan mereka masih lagi menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya ada memuat naik gambar mesra mereka sebaik membuat pengumuman sudah putus cinta pada ketika itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button