Cerita ArtisHiburan

Kematian Bayi Adam Rayqal, Ramai Artis Luah Rasa Simpati

Kematian seorang bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi bukan sahaja mendapati simpati orang ramai, malah turut mendapat simpati artis-artis tempatan.

Menerusi media sosial seperti Instagram, terdapat ramai artis yang menyatakan rasa sedih mereka terhadap bayi tersebut yang mati di rumah pengasuhnya.

“Seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita, terutama sekali kami para ibu… damailah di sana, anakku… Menanti utk menjemput kedua org tuamu ke syurga.

“Salam takziah dari kami sekeluarga utk seluruh keluarga besar almarhum Adam Rayqal… al fathiah…,” tulis penyanyi Misha Omar di Instagram milikinya.

Selain itu, pelawak terkenal Jep Sepahtu yang memiliki seorang cahaya mata berusia dua bulan juga turut meluahkan rasa kesedihannya terhadap bayi malang tersebut.

“Subhanallah. Dari mlm td xtau nak tulis apa sebab terlampau sedih & geram. Rehat ye nak bersama kekasih-kekasih Allah. Al Fathihah buat anak syurga Adam Rayqal Mohd. Sufi,” ujarnya.

Dalam pada itu, artis-artis lain yang turut meluahkan rasa simpati mereka antaranya seperti Fasha Sandha, Zalif Sidek, Kazar Saisi, Fizo Omar dan Sharnaaz Ahmad.

Bayi tersebut yang pada mulanya dipercayai diculik telah ditemui di dalam peti sejuk rumah pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Batu Caves akibat kecederaan di bahagian kepala. – KopiPlanet.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button