Cerita ArtisHiburan

Kembali Bergelar Isteri, Duda Anak Lapan Jadi Pilihan Anita Baharom

Pelakon Anita Baharom kembali bergelar seorang isteri setelah memilih duda anak lapan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, sebagai suaminya.

Dalam satu majlis yang berlangsung pagi tadi, pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom bersama saksi yang dilantik.

Tampil dengan persalinan serba putih, pelakon popular berusia 39 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.

Lebih menarik lagi, majlis akad nikah itu dihiasi bunga-bungaan itu dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Sementara itu, turut dilihat beberapa rakan selebriti seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang hadir meraikan pasangan pangantin tersebut.

Terdahulu, satu sesi khatam Al-Quran telah berjalan sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Sebelum ini, Anita pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Mohd Ismadi Ismail pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Namun begitu, Ismadi dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari 2022 akibat penyakit kencing manis.

Manakala, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button