Kembali Bersama Ahli Baharu, The Gadys Kini Tampil Dengan Single Gagal Cinta
Kemunculan ‘girl band’ The Gadys pada 2021 memberi warna baharu dalam industri muzik sekaligus kembali merancakkan dunia hiburan tempatan. Kumpulan yang bermula dengan empat wanita berbakat memulakan kerjaya nyanyian menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu kini kembali aktif bersama dengan ahli baharu.
Menurut Airrol Azman, Pengarah Urusan Valient Music, The Gadys yang dibarisi dua anggota asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi dengan muka baharu Thamiera Chan, merupakan hasil ‘perkahwinan’ Universal Music Malaysia dan Valient Music. Beliau optimis kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan. Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta tanda suka dalam TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.
Selepas muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional, The Gadys kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Gagal Cinta.
Ayunie berkata, lagu Gagal Cinta adalah single yang cukup istimewa buat mereka. Ayunie menceritakan bahwa lirik lagu Gagal Cinta ini kalau difahamkan, maksud dia agak mendalam dan ada mesej yang nak disampaikan. Walaupun melodinya rancak dan ‘catchy’ tetapi hakikatnya lirik lagu Gagal Cinta ni sedih sebenarnya.
Ayunie juga berkata, begitu juga ketika proses rakaman lagu, sangat seronok dan berjalan lancar. Semasa rakaman, kami meletakkan emosi pada setiap nyanyian untuk Gadys merasai atau menjiwai lirik lagu gagal cinta ini. “Seperti yang saya cakap, walaupun lagu Gagal Cinta ni ‘catchy’, tetapi liriknya akan membuat seseorang pendengar itu memahami lirik dari awal sampai habis,” katanya.
Berkongsi mengenai proses rakaman video muzik (MV) pula, Aznie berkata mereka menjalani latihan menari bagi memberikan hasil yang terbaik. Aznie menceritakan bahawa proses rakaman MV dimulakan dengan pra produksi iaitu menjalani latihan menari dan koreografi bersama Aisya Marissa. Sewaktu sesi latihan pula, kami memang seronok mempelajari setiap ‘step’.
Aznie turut berkata, semasa rakaman MV, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semua pasukan produksi memberikan kerjasama yang baik. MV ini membabitkan rakaman lokasi dalam dan luas. Bila ‘outdoor’ hanya cuaca sahaja cabaran kami, sebab sangat panas. Tapi, ‘glam team’ akan memastikan kami kekal menarik dan selesa. Menurut Aznie, konsep MV Gagal Cinta adalah ‘storytelling, partner dance and emotion’.
“Lagu Gagal cinta ini sangat ‘catchy’ untuk dinyanyikan bersama, tetapi lirik yang sangat ‘straightforward’ mengenai hubungan cinta yang gagal. Jadi, konsep MV Gagal Cinta ini menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal percintaan dengan lelaki yang sama cuma berbeza karakter,” katanya.
Thamiera yang merupakan ahli baharu pula berkongsi cabaran dilalui sepanjang proses menyiapkan lagu dan MV Gagal Cinta. Thamiera berkata sepanjang proses menyiapkan lagu Gagal Cinta ini adalah sangat senang bersama komposer Adib. Adib banyak memberikan cadangan dan pendapat buat kami untuk mencapai hasil yang memuaskan.
Thamiera berkata, lirik lagu ini sangat sedih sebenarnya, jadi kami dan Adib bersama-sama menghasilkan karakter di dalam lagu ini supaya sesuai dengan konsep ‘sing along’ yang kami cuba hasilkan.
“Terdapat beberapa cabaran sewaktu merakam MV, tapi hasil yang kami dapat dengan cabaran yang kami hadapi tidak sia sia. Memandangkan ini debut pertama saya, saya tidak merasa diri saya sangat tercabar lagi. Semua berjalan dengan lancar. Akhir sekali, saya teruja untuk single baru yang akan datang,” katanya.
The Gadys juga berharap lagu Gagal Cinta ini mendapat tempat di hati pendengar dan pencinta muzik tanah air. Menerusi lagu ini anda mungkin mengimbau masa percintaan lama.
“Semoga lagu ini juga dapat dijadikan lagu yang menyentuh, memberi semangat dan menghibur. Semoga ia tidak hanya dinikmati di masa ini, tetapi juga di masa yang akan datang, insya-Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com