Cerita ArtisHiburan

Kemelut Berakhir, Sharnaaz Ahmad Setuju Bayar Nafkah Anak RM1,200 Sebulan

Kemelut yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor akhirnya terlerai apabila kedua-duanya bersetuju dengan tiga tuntutan yang telah dimeterai dalam satu perjanjian.

Tuntutan itu termasuk pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan anak) dan nafkah edah yang telah dimeterai di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mohktar di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Jalan Duta, pagi tadi.

Dalam perjanjian itu, Sharnaaz bersetuju untuk membayar nafkah anak sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz terhadap Nabila sebelum ini.

Selain itu, Sharnaaz juga perlu membayar nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan terhadap bekas isterinya dan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada Nabila.

Namun begitu, Sharnaaz pula diberikan keizinan untuk melawat anak mereka pada bila-bila masa.

Peguam yang mewakili Nabila, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata persetujuan itu telah dibuat melalui beberapa proses mediasi yang telah bermula sejak awal tahun ini.

Menurut Sharnaaz, dia lega kes melibatkan mereka sudah berakhir kerana memikirkan demi kebaikan anak mereka di masa akan datang.

“Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila adalah anak kami Jebat,” kata Sharnaaz ringkas kepada pihak media selepas selesai prosiding tersebut.

> Baca: Sudah Jangka Dikecam, Syatilla Sengaja Letak Gambar Panas Promosi Produk

Pelakon filem Jebat itu berkahwin dengan Nabila yang juga merupakan kakak kepada selebriti Neelofa pada 31 Mac 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun.

Sharnaaz dan Nabila disahkan bercerai pada 9 Julai lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button