AdvetorialKongsi

Kempen The Terrrrpaling Raya… Bulan Bintang Berhabis RM11 Juta, Beri Samping & Baju Batik Percuma Serta Hadiah Lucky Draw Untuk Pelanggan

Jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang telah mengadakan pertunjukan fesyen yang diberi nama ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show yang juga mendapat kerjasama dari Tiktok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang.

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.

Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha. Pertunjukan fesyen ini juga dikejutkan dengan pengunguman Remy Ishak sebagai duta koleksi Baju Melayu Teluk Belanga.

Azzim Zahid Azmi, atau lebih dikenali sebagai Meri, Pengasas Bulan Bintang juga telah berkongsi tentang produk terkini Bulan Bintang selain penambahbaikan yang dilakukan melalui sesi ucaptama (keynote) bagi memastikan produk Bulan Bintang pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. 

“Tahun ini adalah tahun untuk saya membalas jasa kepada mereka yang selama ini menyokong Bulan Bintang. Saya belanjakan RM11 juta dan semuanya diberikan kembali kepada pembeli. Tahun ini kami belanjakan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 sampin percuma bagi setiap pembelian atau mereka boleh memilih baju batik modern fit yang berharga RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini kami berhabis RM1.6 juta.

“Dan setiap pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya dua buah kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian,” jelasnya 

Persembahan artis tempatan turut menghangatkan lagi malam tersebut dengan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngster Dancer, Aina Abdul dan Kugiran Masdo.

Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show kali ini dimeriahkan lagi dengan pertunjukan barisan model bersaiz besar dan keluaran koleksi terbaru yang mempunyai saiz sehingga 5XL. 

Bulan Bintang juga telah memberi pengumuman rasmi mengenai kolaborasi mereka bersama jenama tempatan iaitu Zus Coffee, Hausboom, Origina, Ninja Van, TikTok Shop dan Pemenang 3 Dimensi Animasi Ejen Ali.

Pertunjukan ini juga telah melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini. 

Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para pelanggan jenama Bulan Bintang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button