Cerita ArtisHiburan

Kena Scam Sebanyak RM18,000, Individu Tipu Duit Fizz Fairuz Sudah Ditahan Polis

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dirinya telah ditipu sebanyak RM18,000 oleh seorang individu.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Fizz menerusi Insta Story miliknya.

“Bad day today… selama ni aku dengar orang kena scam, kali ni aku kena scam 18k adoiii… Cilaka betul la, amik kesemaptan atas orang lain.

“Katanya ada tender open, rupanya bila check dengan DBKL takde pun… Puiii, apa punya manusialah. Aku pastikan ko duduk dalam lokap,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu video yang dimuat naik hari ini, Fizz telah membuat satu laporan polis di IPD Sentul.

Malah, menerusi posting terbaharu yang dimuat naik, individu berkenaan telah pun ditahan oleh pihak polis. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button