Cerita ArtisHiburan

Kenyataan Diputar Belit, Fathia Latiff Nak Saman Portal Hiburan

Pelakon Fathia Latiff bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal hiburan yang didakwa telah memutarbelitkan kenyataan yang ditulisnya di laman Twitter baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Fathia berang dengan tajuk penulisan artikel itu yang berbunyi, “Tak Boleh Ke Bagi Perogol Peluang Kedua?”, seolah-olah ia satu kenyataan yang dikeluarkan Fathia sendiri.

Menurut aktres tersebut, kenyataan yang ditulis di Twitternya itu sama sekali tidak membawa maksud yang serupa dengan tajuk yang diguna pakai oleh portal tersebut.

Fathia sebelum ini memberi respon terhadap sebuah berita mengenai seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat kesalahan merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu.

Dalam tulisannya itu, Fathia menulis, “Tak boleh ke bagi dia (penjenayah) second chance? Mana tahu lepas ini dia berubah jadi orang yang lebih baik? Ini kes tiga tahun lepas. Semoga roh berada dalam keadaan yang tenang dan aman, Amin. Tapi mungkin dalam masa tiga tahun itu dia dah belajar jadi manusia yang berguna?”

Susulan artikel yang ditulis portal itu, nama Fathia teruk dikecam netizen yang tidak bersetuju dengan apa yang dituliskan pelakon berusia 31 tahun itu.

Fathia turut berkata dia kini sedang dalam proses untuk mendapatkan khidmat guaman bagi membawa kes ini ke muka pengadilan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button