Cerita ArtisHiburan

“Kepada Allah Kita Berserah…” – Anne Ngasri Kongsi Foto Bersama Siti Bainun Depan Kaabah

Tindakan pelakon popular, Anne Ngasri memuat naik foto bersama Siti Bainun di depan Kaabah ternyata telah menarik perhatian netizen.

Bertindak menutup ruangan komen pada gambar tersebut, Anne turut menitipkan pesanan menerusi posting gambar berkenaan.

“Kepada Allah kita berserah…. Bahagian dia hari ni esok lusa kita pun belum tentu. Saya doakan Allah swt permudahkan segala urusan Bainun. 

“Saya juga igtkan diri saya sendiri berkatalah yg baik, jika tiada yg baik diam adalah jalannya. Siapa kita utk menilai apa lagi menghukum. Semoga Allah swt mengampuni dosa kita semua. Amin….,” tulisnya.

Sebelum ini, Siti Bainun telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun oleh mahkamah apabila didapati bersalah mendera seorang kanak-kanak OKU yang dikenali sebagai Bella.

Dalam pada itu, menerusi posting yang berlainan, Anne juga menegaskan supaya tidak menghina apabila memberi satu-satu pendapat.

“Nak beri pendapat pun jgn lah sampai menghina. Saya pun bukanlah manusia sempurna. 

“Saya juga punya seorg adik seperti Bella. Saya mendoakan yg terbaik buat Bella dan semua.….,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button