HiburanSelebriti

Keputusan Kes Saman Fitnah Siber Ustaz Abu Syafiq Terhadap Seorang Individu Ditetapkan Pada 22 Disember Ini

Mahkamah Sesyen telah menetapkan tarikh 22 Disember ini untuk keputusan kes saman fitnah siber dan penyebaran berita palsu pengacara bebas Ustaz Abu Syafiq ke atas seorang defendan yang tidak didedahkan identitinya, selepas perbicaraan penuh yang berjalan selama lebih dari lima bulan telah selesai.

Perbicaraan penuh kes tersebut bermula pada 8 Mac lalu selepas plaintif, Abu Syafiq mendakwa defendan yang tidak dikenali dan tidak mempunyai sebarang perhubungan professional dengan beliau telah menerbitkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah di laman media sosial milik beliau.

Saman sivil tersebut terpaksa diambil oleh Abu Syafiq setelah percubaan beliau untuk menyelesaikan isu tersebut secara baik tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yang telah dimuatnaik di media sosial beliau dan enggan meminta maaf.

Peguamcara yang mewakili Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnya telah membawa semua bukti-bukti dan telah memberikan keterangan semasa disoal-balas.

“Anak guam juga telah menyatakan kepada mahkamah bahawa semua tuduhan dan dakwaan ke atas beliau adalah fitnah,” tambah Nurul Hafidzah dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors sambil menyatakan yang seramai empat orang saksi dari pihak plaintif dan defendan telah disoal dan disoal balas sepanjang perbicaraan.

Nurul Hafidzah yang mengetuai kes itu dibantu oleh peguam bersama Wan Azmir Wan Majid.

Pada bulan Jun tahun 2020, Abu Syafiq telah menyaman defendan setelah individu tersebut memfitnah beliau melalui kenyataan-kenyataan beliau terhadap plaintif di laman media sosial Facebook dan melalui penyiaran video yang telah dimuatnaik di Youtube.

Abu Syafiq telah menuntut RM1 juta dari defendan, permohonan maaf dan defendan ditegah daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan fitnah yang akan menjatuhkan reputasi beliau

Plaintif juga mendakwa bahawa laman Facebooknya telah digodam pihak-pihak tertentu. Dakwaan beliau telah mengkafirkan seorang pendakwah bebas adalah direka-reka oleh pihak ketiga.

Sementara itu, kes saman fitnah siber Abu Syafiq terhadap pengacara televisyen Amin Idris masih berlangsung lagi sehingga ke hari ini.

Perbicaraan kes seterusnya telah ditangguhkan oleh mahkamah dan akan bersambung pada bulan Januari tahun hadapan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button