Cerita ArtisHiburan

Kerap Kongsi Berkenaan Vaksin & Kantoikan Kerajaan, Akaun Instagram Suhaimi Saad Disekat Selama 30 Hari

Tidak dinafikan bekas penyanyi nasyid iaitu Suhaimi Saad merupakan antara yang lantang bersuara mengenai pengambilan vaksin sehingga dilabel sebagai anti vaksin.

Memandangkan kerap memuat naik posting berkenaan perkara tersebut, Suhaimi menyatakan akaun Instagram miliknya telah disekat selama 30 hari.

“Disebabkan ss selalu share pasal vaksin dan kantoikan kerajaan, ada orang islam yang buat report.

“So iG pun block akaun ss 30 hari. Ada ku kesah!,” kongsinya menerusi akaun Facebook miliknya.

Sebelum ini, suami kepada Ina Naim itu memuji tindakan 779 orang guru di Johor yang menolak pengambilan vaksin, serta menganggap kebanyakan netizen adalah lembu.

Selain sering mengecam tentang pengambilan vaksin, penyanyi berkenaan juga dikenali ramai apabila mendakwa bentuk bumi adalah rata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
4
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button