Cerita ArtisHiburan

Kerap Terpalit Dengan Kontroversi, Aliff Aziz Akui Keluarganya Paling Teruk Terima Kecaman

Penyanyi dan pelakon popular, Aliff Aziz mengakui keluarganya adalah yang paling teruk mendapat kecaman apabila setiap kali dia terpalit dengan kontroversi.

Bagaimanapun, Aliff menyatakan bahawa lama-kelamaan dia menganggap itu sebagai langkah pembelajaran serta mencari hikmah terhadap setiap perkara yang berlaku.

“Pada awalnya, rasa agak teruk kerana ia melibatkan keluarga. Bagi saya ini merupakan langkah-langkah pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang kita akan sentiasa dipantau netizen dan bukan semua netizen begitu. Saya rasa paling teruk apabila keluarga teruk dikecam. 

“Kemudian perlahan-lahan dengan masa yang bergerak, saya cuba atasi saya fikir macam mana pun kita jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong. Tiada orang yang sempurna dan kalau kita rasa kita di landasan untuk jadi orang sempurna, itu adalah mustahil,” ujarnya.

Aliff berkata demikian ketika muncul dalam sesi live di Facebook dan Instgaram bersama dengan saluran Nurflix yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut artis kelahiran Singapura itu lagi, meskpun sering menerima kecaman dia mencari hikmah di sebaliknya dan beranggapan pasti ada orang yang akan mendoakan untuk dirinya.

Jelasnya, biarpun pada mulanya sukar untuk mengawal setiap kecaman, namun dia merasakan tidak perlu untuk menyeksa diri bagi memuaskan hati semua orang.

“Saya cari hikmah dan merasakan pasti ada orang yang doa untuk saya kerana macam mana jahat pun bila kita belajar jadi baik, pasti ada orang yang akan mengata. Yang penting Allah tahu siapa kita.

“Sebenarnya saya juga tidak boleh kawal awal-awal (dikecam) tetapi selepas beberapa waktu, saya fikir kenapa nak seksa diri saya dengan nak puaskan semua orang. Yang nyata kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita,” ujarnya.

Pada masa sama, Aliff menyatakan dia akan cuba membalas komen dengan sebaik mungkin, meskipun mendapat komen-komen yang tidak senonoh di laman sosial.

“Untuk saya, saya balas komen dengan sebaik mungkin serta doakan mereka yang ada lebih masa untuk komen. Kebanyakannya Alhamdulillah bagi komen yang ok.

“Dulu ya, sampai saya terpaksa tutup ruangan komen sebab tidak tahan. Bila fikir balik, apabila kita mendoakan setelah dia komen pada kita, mereka akan berhenti komen,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button