Cerita ArtisHiburan

Kerjaya Salma Lebih Terurus Bawah Pengurusan Ajai

Penyanyi Salma Asis mengakui kerjaya seninya lebih terurus setelah bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Ajai, Wake The Baby sejak awal tahun ini.

Selain jadual kerjanya terjaga rapi, imej dan penampilan juara program 3 Juara ini juga kelihatan lebih segar daripada zaman awal kemunculannya di persada seni pada 2011.

“Dulu saya bergerak sendiri, memang berbeza jika kita bergerak sendiri dan berada di bawah label pengurusan.

“Di bawah label pengurusan, jadual saya terurus selain imej dan penampilan juga turut dijaga. Saya kini mempunyai stylist yang akan menjaga imej dan pakaian yang digayakan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu Akhirnya, Cinta di Neway, One Utama, Damansara hari ini.

Ketika ditanya mengenai imej yang cuba dibawakannya, Salma mengakui dia bukanlah seseorang yang gila berfesyen, namun demi menjaga imejnya dan juga syarikat pengurusan, Salma kini lebih memberi perhatian dengan arus perkembangan trend pakaian semasa.

“Saya baru sahaja ada stylist dan kami akan duduk berbincang untuk tampil dengan imej yang sesuai.

“Saya seorang yang simple bila berfesyen, tetapi juga seorang yang suka mencuba fesyen terkini,” katanya yang kini kelihatan berimej lebih feminin bersesuaian dengan usianya yang kini mencecah 26 tahun.

Salma mula menyertai syarikat pengurusan di bawah Ajai menerusi Wake The Baby sejak awal tahun ini.

Mengenai muzik video Akhirnya, Cinta yang baharu sahaja dikeluarkan selepas tujuh bulan singlenya dilancarkan pada April lalu, Salma berkata, “Saya mahu memberikan yang terbaik kepada peminat dan dalam muzik video ini pun cukup unik sebab ia hanya menampilkan saya seorang sahaja kerana ingin memberi penekanan kepada ekspresi wajah saya.”

Lagu Akhirnya, Cinta tersenarai dalam peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32 yang mana akan bersaing pada Ahad ini untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 32.

Akhirnya, Cinta merupakan lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen dan diedarkan Warner Music Malaysia.

Lagu ini juga pernah menjadi lagu runut bunyi drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button