Cerita ArtisHiburan

Kes Gangguan Seksual Bapa Sendiri, Polis Sahkan Puteri Balqis Sudah Buat Laporan Polis

Baru-baru ini nama pelakon Putri Balqis menjadi sebutan gara-gara pendedahan yang dibuat berkenaan isu gangguan seksual yang dilakukan bapanya sendiri.

Ternyata isu ini terus berpanjangan apabila pihak polis mengesahkan bahawa pelakon itu sudah pun membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu laporan polis telah diterima daripada seorang perempuan Melayu berumur 15 tahun yang juga merupakan Pelakon Kanak-Kanak dikenali dengan panggilan Puteri
Balqis.

“Laporan Polis tersebut menyatakan manga telah diganggu secara seksual ole bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.

“Mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam bimbit ayah kandungnya. Kejadian tersebut berlaku sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menerusi kenyataan itu lagi, kejadian berlaku semasa manga berumur enam tahun sewaktu tinggal di kawasan Subang Jaya. Suspek melakukan gangguan seksual tersebut terhadap mangsa apabila ibu manga tiada bersama di rumah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292cKanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button