AntarabangsaHollywood

Khloe Umum Hamil 6 Bulan, Tayang Baby Bump

Bintang siri realiti Keeping Up With The Kardashians, Khloe Kardashian mendedahkan dia kini sedang hamil enam bulan.

Khloe mengumumkan berita gembira itu menerusi laman Twitternya menulis, “Usia kandungan saya akan mencecah enam bulan minggu hadapan.”

Khloe sebelum ini lebih senang mendiamkan diri mengenai berita kehamilannya itu biarpun ia telah menjadi spekulasi ramai.

Bintang sensasi itu juga ada memuat naik gambar menunjukkan baby bump bersama adiknya, Kylie yang turut hamil.

Khloe hamil anak pertama hasil hubungan dengan teman lelakinya, bintang bola keranjang Tristan Thompson. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button