
Kim Joo-hyuk Maut Kemalangan Jalan Raya
Pelakon Kim Joo-hyuk yang baharu sahaja memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik dalam majlis anugerah Seoul Awards minggu lalu, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, semalam.
Aktor berusia 45 tahun itu memandu Mercedes Benz sebelum kenderaannya melanggar kereta di hadapannya sehingga menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke sebuah bangunan apartmen berdekatan Seoul.
Kenderaan mewah aktor itu dilaporkan musnah dijilat api.
Joo-hyuk dibawa ke Hospital Universiti Konkuk sebelum doktor mengesahkan dia meninggal dunia pada kira-kira jam 6.30 petang waktu tempatan (5.30 petang waktu Malaysia).
Joo-hyuk popular dengan drama lakonannya berjudul Lovers In Prague dan merupakan antara ahli tetap dalam rancangan TV, 2 Days & 1 Night. – KopiPlanet.com