
AntarabangsaHollywood
Kim Kardashian Akui Bakal Timang Anak Ketiga
Selepas banyak spekulasi timbul, akhirnya sosialit terkenal, Kim Kardashian mengakui dia kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata ketiganya.
Kim mendedahkan hal itu menerusi salah satu episod Keeping Up With The Kardashians yang sudah pun memasuki musim ke-14.
Untuk anak ketiga, Kim menggunakan kaedah ibu tumpang, setelah dia dinasihatkan oleh doktor pakar agar tidak hamil dalam waktu terdekat kerana ia dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatannya.

Kim dan suami, Kanye West juga memiliki sepasang cahaya mata, North dan Saint.
Tahun hadapan keluarga Kardashian-Jenner bakal dimeriahkan dengan kehadiran tiga bayi baharu, yang mana adik Kim, Khloe dan Kylie juga sedang hamil cahaya mata sulung masing-masing. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1