AntarabangsaHollywood

Kim Kardashian Dan Kanye West Bakal Timang Anak Keempat

Kim Kardashian dan Kanye West dijangka bakal menimang cahaya mata keempat menerusi kaedah ibu tumpang. Perkhabaran mengenai berita itu telah disahkan menerusi sumber majalah People, semalam.

Pasangan yang digelar Kimye itu turut mempunyai tiga anak iaitu North, 5, Saint, 3, dan Chicago yang akan genap berusia setahun pada tanggal 15 Januari ini.

Sebelum ini, Chicago turut dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang. Namun demikian, identiti bagi wanita yang melahirkan Chicago itu sehingga kini masih dirahsiakan oleh Kim dan Kanye.

Menurut sumber, kehamilan pada kali ini mendatangkan kejutan kepada orang yang terdekat dengan mereka kerana pasangan selebriti itu tidak dilihat seperti tergesa-gesa untuk menambah bilangan keluarga mereka.

“Mereka ada mengatakan ingin cuba mendapatkan bayi lagi menerusi pertolongan ibu tumpang, tapi tak sangka mereka akan melakukannya dalam masa terdekat ini,” ujar sumber tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button