
Kim Kardashian Kongsi Gambar Anak Ketiga, Chicago West Di IG
Sosialit terkenal, Kim Kardashian akhirnya buat pertama kali berkongsikan wajah anak ketiganya, Chicago West selepas lebih sebulan setengah anaknya itu dilahirkan.
Kim berkongsikan foto selfienya bersama Chicago berserta kapsyen, “Baby Chicago” di laman Instagram miliknya. Setakat ini, gambar itu telah mendapat lebih daripada 4 juta tanda suka dan 80,000 komen daripada 108 juta pengikutnya dari seluruh dunia.
Chicago atau nama panggilannya, Chi dilahirkan pada 15 Januari lalu oleh ibu tumpang yang tidak didedahkan identitinya.
Kim sebelum ini menerusi satu temu bual menyifatkan anak ketiganya itu ada menyerupai kedua-dua kakak dan abangnya iaitu North dan Saint.
“Anak bertuah! Dia kelihatan sama seperti kakaknya, North dan abangnya, Saint. Tapi yang pasti dia ada auranya yang tersendiri,” katanya.
Kim dan suami, Kanye West berkahwin di sebuah lokasi tertutup di Florence Itali pada Mei 2014. Pasangan ini mendapat jolokan nama Kimye daripada peminat setia mereka. – KopiPlanet.com