Cerita ArtisHiburan

“Kirim Salam Pada YB Syed Saddiq” – Yasin Sulaiman Didakwa Atas Dua Pertuduhan Tanam 17 Pokok Ganja & Edar 214 Gram Dadah

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa atas dua pertuduhan tanam 17 pokok ganja dan edar 214 gram dadah.

Sebelum ini, Yasin merupakan individu yang ditahan kerana mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

“Kirim Salam Pada YB Syed Saddiq.

“Minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” ujarnya.

Dia berkata demikian menerusi satu video yang dikongsi menerusi Twitter Bernama.

Penyanyi dan komposer itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button