
“Kita Bertindak Matang Kali Ini…” Ali Puteh Enggan Layan Kenyataan Hidayah Tuntut Hutang Sebanyak RM76,000
Pelawak popular, Ali Puteh enggan melayan sebarang kenyataan yang dibuat oleh kakak iparnya, Hidayah yang menuntut hutang daripadanya.
Ali berkata, buat masa ini dia dalam berkeadaan baik dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.
“Saya okey… saya okey sahaja. Don’t worry. Kita bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar-keluar statement. Tak mahu layan, kita nak fokus berniaga.
“Biarlah orang berkata-kata. Kalau orang penat, orang berhenti… kita berniaga, kita teruskan,” ujarnya.
Sebelum ini, Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Mohd Ali mendakwa adik iparnya itu masih belum membayar hutang sebanyak RM76,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah tahun lalu.
Dalam pada itu, Ali memberitahu bahawa ramai pihak yang bertanyakan kepadanya mengenai perkara tersebut, termasuklah pihak media.
“Bila ramai yang tahu, banyak media hubungi saya. Cuma saya tak nak layan… Kalau layan jadi masalah.
“Saya ambil tindakan bijak, masak sambal macam biasa,” katanya. – KopiPlanet.com