Cerita ArtisHiburan

“Kita Dah Elok-Elok Senyap… Member Pulak Mengelitat Nak Kita Cakap Benda Busuk Bangkai Ni…” – Elly Mazlein

Umum mengetahui mengenai tiada lagi pembabitan pengacara popular Elly Mazlein dalam program All Stars Gegar Vaganza setelah dia bertindak menarik diri.

Bagaimanapun, Elly atau Kak Lina Pom Pom masih lagi terus mencuri tumpuan, terutama sekali mengenai posting di IG Story dilihat seperti ditujukan kepada seseorang.

“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjwb kita.. sebab apa??? Sebab niat kita ni baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking buat keja dgn lebih selesa.

“Lagi 1, jangan gaduh pasal rezeki .. Allah da susun baik-baik untuk kita semua.. Mengalah tak semestinya kita kalah… kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” tulisnya.

Menerusi posting itu lagi, Elly juga memberi gambaran seolah-olah ada individu atau pihak yang cuba memburukkan dirinya, meskipun dia bertindak mendiamkan diri.

“Kita dah elok-elok senyap… member pulak menggelitat Nak kita cakap benda busuk bangkai ni .. Dunia Dunia
Menghukum orang tak abis? ,supaya diri nampak terpaling baik .. makin Serlah kelucuan ni .. haaaa.

“Ni baru nama lucu .. xde la lucu stereotype dulu kini dan selamanya. Walaupun sehebat mananya kita, syombong hebat kasi turun sikit dikkkkk. Ingat asal usul,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button