
Seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Gaza, Nadir Al-Nuri memberi gambaran dia akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Ebit Lew terhadap dirinya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Nadir menerusi satu kenyataan di Insta Story miliknya.
“Rilek guys. Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah.
“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek yang ni dulu,” tulisnya ringkas.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Nadir dilihat sedang sibuk menguruskan sembelihan korban sempena Hari Raya Aidil Adha.
Dalam pada itu, Ebit Lew menerusi live yang dibuat semalam mempersoalkan mengenai sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang disalurkan kepada Nadir untuk misi kemanusiaan di Gaza. – KopiPlanet.com
* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan