Cerita ArtisHiburan

“Ko Apa Hal? Bini Aku Kot!” – Fazley Yaakob Selar Komen Netizen Pertikai Isterinya Tindik Hidung

Penyanyi dan chef popular, Datuk Fazley Yaakob menyelar komen seorang netizen yang mempertikaikan isterinya yang menindik hidung.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Fazley menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“SUKA HATI DIA LA… KO APA HAL? BINI AKU KOT?!

“DAH GI JAUH-JAUH JANGAN SIBUK HAL ORANG KAT SINI, GI SAMBUT RAYA DIAM-DIAM OK?” luahnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan caption pula, bekas peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) itu menyatakan dia cuba membalas dengan cara kasar untuk melihat reaksi netizen berkenaan.

Ujarnya, secara kebiasaannya dia akan memadam atau menyekat terus sebarang komen negatif yang diterima di media sosial.

“Kadang-kadang tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberi komen sinis sebegini. Dont worry, saya tetap maafkan.

“Cuma, kali ni saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pulak. Nak tengok apa reaksi empunya diri. Selalunya saya delete dan block terus. Tapi kali ni saya bagi peluang orang lain baca juga,” ujarnya.

Pada masa sama, Fazley turut menitipkan pesanan kepada mereka yang menerima sebarang komen negatif untuk memadamkan sahaja dan menyekat individu berkenaan.

“Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus delete dan block.. tak luak pun. Kalau share je terus macam saya share ni pun lagi bagus.

“Supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
13
+1
2
+1
5
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button