Koleksi Kosmetik SimplySiti Berkonsepkan ‘SimplySiti For All’, Sesuai Untuk Semua Warna Kulit Wanita Asia
Jenama terkenal tempatan, SimplySiti telah melancarkan koleksi kosmetik terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.
Presiden Simply SS Trading Sdn. Bhd., Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, berkonsepkan ‘SimplySiti For All, beliau yakin rangkaian kosmetik terbaharu itu akan dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi.
“Setelah 11 tahun jenama produk SimplySiti berada di pasaran, pastinya saya amat teruja dengan pelancaran kosmetik terbaharu ini.
“Pada masa sama, saya ingin memperkenalkan wajah baharu ‘Brand Ambassador’ SimplySiti yang akan bersama-sama saya untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti yang akan datang,” jelasnya.
Beliau berkata, rangkaian kosmetik tersebut mula berada di pasaran pada 9 September yang lalu dengan beberapa koleksi yang diperkenalkan.
Ujar Siti, kosmetik terbaharu ini menampilkan koleksi solekan yang terdiri dari SimplySiti ‘2-way Cake’, ‘Compact Powder’, ‘Loose Powder’, ‘Cushion Foundation’, ‘Liquid Foundation’, ‘Powder Blush’, rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu ‘matte’, ‘semi-matte’ dan ‘moist’, ‘9 in 1 Eyeshadow’, ‘SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara’, ‘Eyeliner’ dan ‘Eye Brow Pencil’ dalam rona hitam dan coklat serta ‘Micellar Water’.
Sementara itu, Zahra Zura Aziza Zahanor merupakan gadis bertuah yang terpilih sebagai ‘Brand Ambassador’ SimplySiti dan berjaya menjadi ‘top finalist’ melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun yang lalu, di mana pihak SimplySiti telah menerima lebih dari 700 penyertaan.
“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi ‘top 4’ dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.
“Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia – Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” jelasnya.
Rangkaian kosmetik terbaharu SimplySiti ini boleh didapati di Watson, pembelian dalam talian seperti Shopee dan website www.simplysiti.com.my dan SimplySiti Elite.
SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim, dimana ia menjadi pilihan wanita islam di Asia.
Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Datuk Sri Siti Nurhaliza yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan. – KopiPlanet.com