Cerita ArtisHiburan

Kongsi Gambar Alat Uji Kehamilan & Gambar Scan, Ramai Sangka Zarina Anjoulie Hamil

Pelakon Zarina Anjoulie membuatkan peminat-peminatnya terkejut apabila berkongsi gambar alat uji kehamilan dan scan di Instagram miliknya.

Apatah lagi dengan caption yang ditulisnya itu membuatkan ramai yang menyangka dirinya mengandung.

“ABANG! SAYANG DAH PREGNANT .
.
“Ya Allah, tak sangka selepas penantian 5 tahun akhirnya DOUBLE LINE,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkara yang sebenarnya berlaku adalah pelakon berkenaan mempromosikan sejenis produk madu yang khas untuk wanita yang sedang berikhtiar untuk hamil.

Apa yang lebih melucukan, kebanyakan followersnya di Instagram telah mengucapkan tahniah apabila menyangka dia mengandung.

Malah, sahabat baiknya iaitu pelakon Fathia Latiff juga turut memberi ucapan tahniah kepadanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button