EventHiburan

Konsert Barbarik – Pentas Keras Bakal Sajikan Gandingan Mantap Joe & Muss

Peminat-peminat rock tanah air bakal disajikan dengan sebuah acara iaitu Konsert Barbarik – Pentas Keras yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Disember ini.

Istimewanya berkenaan konsert berkenaan apabila ia menggandingkan dua figura rock tanah air iaitu gitaris Joe dan Muss yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Wings.

Joe berkata, Konsert Barbarik – Pentas Keras akan menjadi sebuah konsert paling hebat serta akan dikenang untuk tahun 2022.

“Sebenarnya konsert ini adalah sebagai melunaskan permintaan peminat apabila ramai yang bertanyakan jika ada sebuah konsert selepas album Mr. Barbarik diterbitkan pada tahun 2000.

“Tidak sangka pula album berkenaan yang membabitkan Muss sebagai anggota Wings etika itu mendapat sambutan hangat sehingga ada yang meminta untuk diaiakan konsert,” ujarnya.

Sebelum ini, pada September lalu, Joe dan Muss membuat pengumuman akan bergabung menjayakan projek konsert istimewa terbabit selepas 22 tahun ‘terpisah’ atas faktor tertentu.

Ditanya mengenai persiapan menjelang konsert berkenaan, Joe berkata semuanya berjalan dengan lancar dan sebanyak 20 buah lagu yang akan dipersembahkan nanti.

Ujarnya, terdapat juga beberapa penyanyi undangan lain yang akan turut menghiburkan peminat dan mereka akan bergandingan dengan Mus.

“Mengenai konsep pula, kami akan tampil dengan kelainan berbanding dengan konsert-konsert lain yang dianjurkan, namun yang pasti ia nampak megah dan bertenaga.

“Menariknya, ia akan lebih menjurus kepada konsert era 80-an yang lebih banyak menekankan aspek pencahayaan dan tidak menggunakan skrin LED,” ujarnya.

Tiket konsert boleh didapati di laman sesawang. www.ticket2u.com.my Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket hubungi Live Chat Ticket2U. – KopiPlanet.com

.

TIKET INFO:

CAT 1 – RM188.00

ROCK ZONE (STANDING)

CAT 2 – RM368

UPPER DECK (PREMIUM SEAT)

CAT 3 – RM268

UPPER DECK (NORMAL SEAT)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button