EventHiburan

Konsert NurKasih Raikan Tahun Ke-30 Penubuhan Kumpulan Slam

Lagu-lagu seperti Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak mungkin Berpaling, Rindiani serta puluhan lagu hits malar segar yang telah di hasilkan oleh kumpulan SLAM.

Muzik serta lagu lagu yang di hasilkan Kumpulan SLAM sentiasa menarik perhatian peminat di tambah dengan kemerduan vokal Zamani sebagai penyanyi utama serta di barisi pemuzik hebat sebagai pelengkap kumpulan ini yang meraikan tahun ke-30 penubuhan Kumpulan Slam yang masih mengekalkan anggota asal dari awal penubuhan sehingga ke hari ini.

Kehebatan Kumpulan SLAM yang ditunjangi oleh Shah, Eddie, Lili, Man dan Zamani memberi satu aura yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka pasti di nantikan serta mendapat sambutan hangat dari peminat.

Konsert SLAM Nurkasih akan di adakan pada 6hb Ogos 2023 di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam akan membawakan  18 hingga 20 lagu lagu hits Kumpulan SLAM yang pasti akan menggamit memori serta akan meninggalkan kenangan terindah kepada semua penonton yang hadir.

Konsert yang di beri judul NurKasih, yang merupakan salah satu jodol lagu hits Kumpulan SLAM, ia juga membawa maksud KASIH dan SAYANG  SLAM kepada peminat yang di ibarat kan seperti sentiasa memberikan CAHAYA (NUR) kepada Kumpulan SLAM selama ini.Konsert ini juga antara hadiah istimewa SLAM kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong mereka selama ini.

Konsert ini dibawakan oleh AV Group & WMD Event selaku penganjur utama serta Belbis sebagai rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik konsert ini.

Pembeli tiket Konsert SLAM Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah bagi pembeli tiket dan di buak untuk semua ketogari tiket. Sebanyak Empat (4) buah gitar berupa dua (2) buah gitar eletrik dan dua (2) buah gitar akustik untuk di menangi yang di taja khas oleh PBH MUSIC SDN BHD. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button