EventHiburan

Dewa 19 Janjikan Persembahan Terbaik Di Konsert Reunion Live In Malaysia

Mendengar sahaja nama kumpulan Dewa 19 dari Indonesia, sudah pasti ia cukup sinonim buat rata-rata peminat band lagenda ini di Malaysia.

Terbaru, band dari tanah seberang ini bakal mengegarkan Malaysia menerusi sebuah Konsert Reunion Live yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Februari ini.

Justeru itu, bagi membawa kelainan daripada kebiasaannya, konsert anjuran Nirza Production pada kali ini bukan sahaja menampilkan Ahmad Dhani sebagai teraju utama, malah turut menggabungkan dua lagi mantan vokalisnya iaitu Ari Lasso serta Once.

Menurut Ahmad Dhani, gabungan berkenaan bukan sahaja mengembalikan nostalgia band ini, tetapi turut menggabungkan idea-idea yang berbeza daripada bekas vokalisnya serta sususan lagu yang bakal dipersembahkan nanti.

“Ya… konflik dan percambahan idea antara aku, Ari dan Once itu pastinya ada, namun yang menjadi ‘mastermindnya’ sudah pasti aku. Secara peribadinya memang banyak lagu-lagu bagus yang ingin dinyayikan, cuma ia agak mustahil untuk dinyanyikan semuanya.

“Kalau dari segi gubahan dan susunan lagunya, kami akan mengekalkan originaliti lagu tersebut tanpa mengubahnya. Paling penting kami janjikan persembahan terbaik untuk konsert ini nanti,” ujar Dhani ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Menurut Ahmad Dhani lagi, dalam tempoh berkenaan, terdapat dua lagi latihan yang bakal dijalankan sebelum mereka terbang ke Malaysia.

“Segala persiapan sudah dilakukan dan bagi peminat dari Malaysia sendiri sebenarnya boleh mengikuti perkembangan latihan kami ini menerusi YouTube sahaja.

“Jumlah keseluruhan latihan bagi konsert ini sebenarnya adalah empat kali dan setakat ini kami sudah berlatih sebanyak dua kali. Baki lagi dua latihan secara penuh akan dilakukan pada 28 dan 29 haribulan ini sebelum ke Kuala Lumpur,” jelasnya.

Ujarnya, mereka bersemangat untuk konsert ini kerana merasakan peminat dari Malaysia sebenarnya lebih menghargai mereka berbanding di negara asalnya.

Ahmad Dhani turut mengatakan konsert pada kali ini mungkin yang terakhir dan enggan mengulas dengan lebih lanjut apabila ditanya adakah akan lebih cenderung dalam bidang politik selepas ini.

Sementara itu, menurut penganjur pula menjelang beberapa minggu lagi sebelum konsert ini bermula, segala persiapan dari segi kelengkapan telah dipersiapkan sebaik mungkin berdasarkan pemintaan Dewa sendiri.

Pihak penganjur turut mendedahkan bakal menayangkan semula klip-klip video sebagai latar belakang yang mengiring 30 lagu terpilih yang bakal dinyanyikan dan dimainkan oleh band berkenaan sebagai tanda nostalgia kepada penonton yang melihatnya nanti. – KopiPlanet.com

*Pastikan anda memiliki tiket-tiket berharga:-
RM238 – Cat 3 (Reserved seating)
RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)
RM458 – Cat 1 (VIP Reserved Seating)
RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating) – sold out

Artikel : Fatin Marzuki
Pelajar Praktial Uitm Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button