EventHiburan

Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama M Nasir Ubati Kerinduan Peminat

Masih basah dalam ingatan aksi hebat Datuk M Nasir menjayakan konsert solo sempena empat dekad pembabitannya dalam belantera seni pada tahun 2019.

Meskipun keinginan untuk mengadakan konsert serupa masih ada namun hasrat itu terpaksa beliau pendamkan disebabkan situasi tidak mengizinkan lantaran pandemik Covid-19 yang melanda.

Namun, kali ini beliau menerima tawaran untuk menjayakan Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir yang bakal diadakan pada 27 Mei 2022 bertempot di Dewan Merdekat, Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL) pada pukul 8.00 malam.

Mengakui teruja dengan tawaran yang diberikan, M Nasir menyifatkan konsert yang bertemakan sambutan Aidilfitri itu bakal menjadi penawar untuk kerinduan peminat.

“Selepas penganjuran konsert solo saya pada 2019, saya akui amat rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat. Justeru apabila ditawarkan untuk menjayakan konsert ini, saya terus menerimanya kerana saya tahu peminat memang sudah lama menantikan saat ini.

“Sebagai penyanyi, saya sendiri sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan. Saya anggap persembahan ini adalah sebagai hadiah untuk peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya sejak empat dekad lalu,” ujarnya.

Memperincikan maklumat mengenai konsert itu, penyanyi berusia 64 tahun ini berkata persembahan durasi 90 minit itu bakal menyaksikan dia mendendangkan 20 buah lagu popularnya.

“Untuk konsert selama satu setengahj jam itu, persembahan saya bakal diiringi oleh sembilan orang pemuzik termasuk penyangi latar. Bersesuaian dengan konsep, saya juga akan menyampaikan lagu bertemakan Hari Raya termasuk lagu yang pernah hits sebelum ini.

“Dari segi persiapan, saya akan mula menjalani latihan tidak lama lagi. Lagipun kebanyakan lagu yang dipilih adalah lagu yang memang kerap saya nyanyikan dalam mana-mana persembahan, Jadi saya tak berdepan dnegan masalah untuk menyanyikannya.

“Walaupun konsert ini berlangsung di dalam dewan tertutup dan bukannya di pentas terbuka namun saya akan pastikan peminat bukan sahaja terhibur tetapi dapat bersama-sama menyanyi dam menari bersama saya. Saya akan bawa atmosfera dan aura konsert yang penah saya jayakan di pentas terbuka ke dalam konsert itu,” janji M.Nasir.

Mengulas inisiatif penganjur menganjurkan konsert di dewan tertutup walaupun mengetahui kapasiti penonton tidaklah seramai seperti penganjuran di stadium, pelantun Mentera Semerah Padi ini memuji dan menyokong penuh usaha yang dijalankan mereka itu.

“Apa yang mereka lakukan itu sangat bagus dan saya puji insiatif serta keprihatinan mereka itu. Dalam situasi hari ini, kita memerlukan penganjur yang berani untuk menganjurkan konsert. Tak kisahlah dengan cara apa sekali pun kerana dengan usaha mereka itu, secara tidak langsung dapat merancakkan atau mengerakkan kembali industri muzik yang sebelum ini agak malap susulan pandemik Covid-19,” katanya.

Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir ini dianjurkan oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bersama rakan kongsi, Roman Abdi Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd .

Sementara itu, mengulas pembabitan IRAMA, presidennya, Ayob Abd Majid memaklumkan konsert itu juga adalah persembahan amal yang bertujuan untuk membantu IRAMA menyantuni golongan penggiat seni yang kurang bernasib baik.

“Sepanjang IRAMA beroperasi, kami memang tidak mendapat sebarang dana daripada mana-mana pihak atau kerajaan dalam menjalankan aktiviti kebajikan kami. Justeru saya amat beterima kasih kepada seluruh warga kerja dan juga M, Nasir yang sudi untuk menjayakan konsert ini selepas mendapat tahu persembahan ini juga berkonsepkan amal.

“Sebahagian daripada hasil jualan tiket nanti kami bagi pihak IRAMA akan mengagih agihkan kepada penggiat seni yang kurang bernasib baik,” jelas Ayob.

Ayob turut memberi jaminan konsert itu nanti bukan sahaja dapat menhiburkan peminat penyanyi yang menpat jolokan Sifu itu tetapi juga turut memberi kepuasan maksimum kepada mereka.

“Selagi pilihan lagu yang menarik dan menepati cita rasa peminat, konsert itu turut sempurna dari aspek teknikal apabila kami menggunakan khidmat penata cahaya dan sistem bunyi yang bagus dan berkualiti sama seperti yang kita lihat dan dengar di konsert yang dibuat di stadium,” katanya,

Bagi mereka yang ingin menyaksikan figura hebat kesaangan mereka ini beraksi, harga tiket adalah seperti berikut : VVIP : RM15,000 per meja untuk lapan orang (termasuk sesi meet and greet), VIP: RM9,800 per meja untuk lapan orang, PLATINUM : RM7,800 per meja untuk lapan orang, GOLD: rm5,800 per meja untuk lapan orang serta SILVER: rm3,800 per meja untuk lapan orang.

Maklumat pembelian tiket boleh didapati dengan menghubungi Ayob Abd Majid (019-3682548), Sham Amir Hussain (011-55026994), Salimey (016-6720370). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button