Cerita ArtisHiburan

Kontroversi Dicium Peminat, MK Tiada Perancangan Upah Bodyguard

Susulan kontroversi dicium peminat ketika sedang menjayakan persembahan, rapper MK yang merupakan ahli kumpulan K-Clique berkata tidak mempunyai keperluan untuk mengupah pengawal peribadi bagi melindungi dirinya.

Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 23, setakat ini peminat masih lagi terkawal dan insiden kontroversi itu diharap menjadi pengalaman terakhirnya dicium peminat.

“Perkara itu bukan disengajakan dan saya pun hairan kenapa benda ini jadi kecoh. Bagi saya ia jadi sensasi disebabkan tokok tambah dengan komen-komen netizen.

“Peminat itu pun sudah minta maaf secara peribadi dengan saya lagipun bagi saya ia tidak seteruk mana. Perbuatannya itu tidak ganas, cuma ia di luar kawalan sahaja.

“BAgi saya tiada keperluan untuk mengupah bodyguard sebab peminat masih lagi terkawal malah saya sebenarnya tidak pernah berasa rimas dan penat dengan peminat sebaliknya rasa bersyukur mereka meminati dan menghargai muzik kami yang bukan siapa-siapa ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

MK ditemui pada majlis sidang media Konsert Hausboom Music 2019 yang berlangsung di Saro Lounge, Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

K-Clique bakal menjayakan konsert anjuran Hausboom itu bersama-sama barisan penyanyi popular lain seperti Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta dan Budak Nakal Hujung Simpang pada 10 November ini bertempat di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

Teruja dipilih antara barisan artis yang akan memeriahkan karnival muzik anjuran syarikat minuman ringan popular itu, MK berkata mereka sudah tidak sabar untuk menghiburkan peminat dengan seleksi lagu mereka pada hari itu nanti.

“Rasa teruja dipilih mewakili genre hip-hop dan pastinya kami teruja apabila dapat berada satu pentas dengan penyanyi-penyanyi senior lain seperti Ella dan Hujan. Dapat kami dapat berikan persembahan terbaik pada hari konsert itu nanti,” katanya.

Selain MK, kumpulan K-Clique turut dianggotai tujuh lagi ahli yang kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Tuju, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button