Cerita ArtisHiburan

Kopratasa Rakam Semula Lagu Selamat Hari Raya Yang Dihasilkan Pada Tahun 1936

Menggunakan konsep rakam semula sesebuah lagu lama bukanlah satu perkara yang asing, namun ia juga bukanlah sesuatu yang mudah dan terdapat beberapa sebab sesebuah lagu lama itu dirakam semula.

Yang terbaharu, kumpulan Kopratasa turut menambahkan khazanah lagu-lagu hari raya tanahair apabila mereka merakamkan semula lagu berjudul Selamat Hari Raya yang dipercayai adalah lagu hari raya terawal di negara ini berdasarkan sumber yang layak dipercayai.

Lagu berkenaan dipercayai lagu raya pertama untuk umat Melayu di Nusantara dan juga dunia amnya. Lagu ciptaan Tengku Ali Basha @ Cik Ara Bangsawan pada tahun 1936 ini telah membuka sejarah pada sambutanhari raya pada zamannya.

Beranggapan lagu lama mempunyai nilai sejarah tersendiri, Kopratasa merasakan adalah sangat rugi jika lagu berkenaan dibiarkan lenyap ditelan zaman.

Bagi mereka, merakamkan semula lagu tersebut merupakan satu aktiviti melestarikan satu khazanah lama untuk tatapan semula generasi terkini.

Kemudian Kopratasa telah mencadangkan kepada pihak Luncai Emas untuk merakam semula lagu ini.

Persetujuan dicapai dan syarikat telah memberi kepercayaan kepada Hanafi Spider sebagai produser dan kerja menyusun semula muzik lagu ini. Manakala Kopratasa menambah sedikit melodi baru di bahagian korus lagu ini dan menyanyikan dengan cara Kopratasa sendiri.

Biarpun rakaman semula lagu raya tersebut terdapat tambahan melodi, ia bukanlah bertujuan merosakkan lagu tersebut, tetapi bertujuan memeriahkan lagi melodi tersebut untuk menepati konsep bergembira dihari raya.

Namun inovasi melodi tersebut tidak menganggu nilai asal lagu tersebut. Melodi asal tetap dijaga, senikatanya pun tetap dipakai seperti yang asal.

Kesemua rakaman di buat di Studio Ronggeng, Luncai Emas dengan pemuzik undangan – Tony Iskandar (bass), Mohar (seruling) dan Hanafi Spider sendiri. Mastering dibuat oleh Hafiz Studio.

Kopratasa sangat berharap dengan lagu ini dapat diterima dan memberi sesuatu yang unik sempena sambutan Aidilfitri tahun 2021 ini. Setelah lama ketiga-tiga ahli kumpulan ini membawa haluan masing masing. Mereka kembali dengan projek istimewa ini dibawah payung Luncai Emas Sdn Bhd untuk peminat, sahabat dan juga rakan-rakan mereka yang sentiasa memberi dorongan untuk mereka terus berkarya .

Single ini juga telah menjalani penggambaran video muziknya pada awal Ramadhan lalu. Kesemua penggambaran dibuat di dalam studio dan persekitaran pejabat Luncai Emas sendiri memandangkan kita masih lagi dalam fasa pemulihan PKP akibat wabak pandemik Covid-19 ini.

Video muzik ini diarahkan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik – Juril Jumali yang banyak mengarahkan video muzik beberapa penyanyi popular sebelum ini dan sudah pun berada di saluran youtube Luncai Emas . Antaranya video muzik Mus May – Mencari Kaseh , Nash, One Nation Emcee Ft Dato’ Jeffrydin – Debaran Rindu

Luncai Emas juga turut bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, YouTube dan iTunes mulai 9 Mei ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button