Cerita ArtisHiburan

“Korang Doa Untuk Anak Kita Je… Kita Dua Dah Ada Kehidupan Masing-Masing” – Noor Nabila Ulas Doa Netizen Mahu Dia & Sharnaaz Kembali Bersama

Biarpun sudah tidak lagi bergelar pasangan suami isteri, namun hubungan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dilihat masih baik.

Baru-baru ini, Sharnaaz dan Noor Nabila dilihat tampil bersama-sama dengan anak mereka, Jebat Jayden dalam sebuah video iklan yang dimuat naik di Instagram.

Ternyata rata-rata yang menonton video berkenaan gembira melihat keadaan tersebut, malah ada yang mendoakan agar mereka kembali bersama sebagai pasangan suami isteri.

Namun begitu, menerusi ruangan komen, Noor Nabila sempat membalas dan mempunyai pendirian sendiri berhubung perkara berkenaan.

“Korang doa untuk anak kita je… yang baik2, tu dah cukup untuk kita berdua. 👏 As for both of us.

“Kita dua dah ada kehidupan masing-masing. Okayyy peaceee yall, komen yang baik2 je ok,” tulisnya.

Pasangan tersebut sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 dan mengambil keputusan untuk berpisah tiga tahun kemudian.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button