HiburanSelebriti

“Korang Duk Mengata Aku Tergelek-Gelek, Anak Aku Pandai Wei” – Liana Rosli Bangga Anak Dapat Sambung Belajar Universiti

Usahawan selebriti Liana Rosli atau Kak KM meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Nabila Razlan berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Liana menerusi akaun Instagram miliknya.

“Tahniah anak mama, UM call. Nampak anak aku pandai.

“Korang duk mengata aku tergelek-gelek, anak aku pandai wei dapat masuk Universiti Malaya,” ujarnya.

Pada masa sama, Liana turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya dapat menyambung pelajaran di universiti tersebut dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan.

“Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah…. Tahniah anak mama @nabilamalu UNIVERSITI MALAYA anak aku. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganyaaa rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni…

“Anak mama memang pandai sejak kecik lagi… 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat BEST STUDENT KAT SEKOLAH… ya Allah happynyaaaa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
1
+1
2
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button