Rancangan TVTV

Kumpulan Heart Telah Dinobatkan Sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 2


Kumpulan Heart menepati ramalan ramai apabila muncul juara program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC), malam tadi.

Kemenangan kumpulan yang dianggotai Ezad Lazim, Daniel & Azmi itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kejayaan yang diraih Heart itu juga sekali gus menewaskan tiga finalis lain iaitu kumpulan Jango, U.N.I dan Viral.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan U.N.I yang dianggotai Fad, Atu dan Fakrul. Mereka membawa pulang RM75,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan Viral muncul pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Janggo sekadar berpuas hati di tempat keempat dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi.

Kesemua pemenang berdasarkan format pemarkahan 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian SMS penonton.

Pentas akhir MLS menampilkan pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, manakala tiga juri tetap terdiri daripada Datuk Awie, Fazura dan Zul Ariffin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
5
+1
1
+1
5
+1
2
+1
1
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button