Cerita ArtisHiburan

“Kurang Ajar Punya Botak!” Talha Harith Akui Kena Maki Gara-Gara Wataknya Dalam Drama I Promise, Janji Anaqi

Pelakon popular, Talha Harith mengakui ada menerima makian daripada penonton gara-gara watak antagonis sebagai Zafran dalam drama bersiri I Promise, Janji Anaqi.

Talha berkata, dia sendiri sudah bersedia untuk menerima sebarang maklum balas daripada penonton, asalkan berhasil membawakan watak tersebut dengan berkesan.

“Sebelum ini pun saya pernah kena untuk drama terdahulu, sampaikan kena hempuk dengan handbag oleh seorang makcik.

“Begitu juga untuk drama terbaharu ini sampai dikatakan ‘kurang ajar punya botak’. Apapun saya terima seadanya dan ia bermakna lakonan saya juga menjadi perhatian,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai drama tersebut, Talha memberitahu dia terpaksa membotakkan kepala serta menaikkan berat badan demi menjayakan watak yang diberikan.

Jelasnya, ia kali pertama dia berbuat demikian sehinggakan yang tidak kenal dan menyangka dia pelakon baharu apabila berimej botak.

“Ini pertama kali saya botak dan naikkan berat badan. Apapun saya syukur sebab kalau kurus mcm dulu, mungkin tak sesuai untuk saya bawakan watak Zafran. 

“Memang perancangan saya adalah untuk melakukan kelainan dari segi imej semata-mata untuk drama ini,” jelasnya. 

Selain Talha, antara pelakon yang membintangi drama I Promise, Janji Anaqi seperti Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong.

I sudah mula disiarkan sejak 6 Disember lalu setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11 malam sebanyak 28 episod di saluran Astro Ria. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button