Cerita ArtisHiburan

Kurang Berlakon Drama & Filem, Giliran Remy Ishak Tolak Pencalonan Dalam ABPBH 34

Selepas Zul Ariffin, pelakon popular Remy Ishak mengambil keputusan yang sama apabila menolak pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34) yang akan berlangsung November ini.

Dalam satu posting di Instagram, Remy memberi alasan kurang berlakon drama dan filem adalah sebab dia menolak pencalonan tersebut.

“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.

“Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang,” jelasnya.

Remy berpendapat bahawa, peluang harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding. 

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur dan Peminat yang selama ini menyokong saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button