EventHiburan

Kurang Dana RM350,000, Produksi Tanah Akhirku Anjur Malam Gala

Satu malam gala bagi mengumpul dana untuk teater Tanah Akhirku akan diadakan pada 28 Ogos ini.

Yang menariknya, malam gala itu turut akan dihadiri perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Walaupun menerima dana sebanyak RM150,000 daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), penerbit Tanah Akhirku, Mei Fen Lim berkata pihaknya masih memerlukan dana sebanyak RM350,000 untuk menjayakan pementasan itu.

“Walaupun ramai yang menasihatkan saya untuk tidak mendedahkan masalah sebenar iaitu berkaitan dana dan kewangan kerana akan menjatuhkan menjatuhkan semangat mereka yang terlibat, namun saya memilih untuk berterus-terang kerana tidak mahu menipu dan berjanji.

“Perjuangan kali ini memang sangat mencabar kerana saya mula mengetuk pintu dana sejak Februari lagi namun masih gagal mendapatkan sebarang penajaan,” kata Mei Fen.

Walaupun mempunyai kekurangan dana, ia sama sekali tidak merencatkan semangat Mei Fen untuk terus memperjuangkan karyanya memandangkan ia sangat bertepatan dengan senario Hari Kebangsaan tahun ini.

Menurut Mei Fen lagi, melalui pementasan ini, mereka berharap untuk memupuk semangat kekitaan dan keeempunyaan di kalangan rakyat tidak mengira darjat, usia dan kaum.

Pihak produksi Tanah Akhirku mengalu-alukan dana dan tiket-tiket Malam Gala boleh dibeli pada harga RM500 dan RM1,000 melalui talian 016-4833786 atau 012-4757728.

Teater karya Amar Amir ini akan menemui penonton pada 28 Ogos hingga 1 September bermula jam 8.30 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tanah Akhirku dibaris pelakon seperti Aeril Zafrel, Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam, Nina Nadira, Angelina Tan, Iskandar Zulkarnain, Akmal Ahmad, Nave VJ dan Alfred Loh.

Teatar arahan Naque Ariffin itu mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis yang berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yin Feng.

Yin Feng lari daripada perang saudara dan pecah belah di China bersama adiknya ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baharu.

Tanah Akhirku akan dipersembahkan di dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan sarikata bahasa. Tiket berharga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 dan RM350 boleh didapati menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button