Kylie Jenner Bergaya Mewah Teman Travis Scott Ke Grammys
Nampaknya seperti malam temu janji buat pasangan Kylie Jenner dan kekasihnya yang juga seorang penyanyi iaitu Travis Scott semasa mereka melangkah menghadiri karpet merah Anugerah Grammy edisi ke-61 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.
Pasangan merpati dua sejoli dilihat begitu secocok sekali menerusi gaya yang meletop di samping mempamerkan aksi mesra dengan cara mereka yang tersendiri.
Bintang rancangan televisyen Keeping Up With The Kardashians ini telah muncul dengan memakai busana lengkap berwarna merah jambu rekaan Balmain yang turut dilengkapi dengan sarung tangan daripada rona sama.
Pada majlis itu, Kylie tidak memakai sebarang cincin di jarinya sehingga menyebabkan peminat tertanya-tanya adakah betul mereka sudah bertunang. Ini kerana sebelum ini, Kylie sering kali dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya seolah-olah memberikan gambaran dia sudah bertunang dengan penyanyi tersebut.
Ini merupakan kali pertama Kylie dan Travis menghadiri anugerah berprestij itu bersama-sama. Travis turut dicalonkan dalam tiga kateogari iaitu Album Rap Terbaik untuk Astroworld, Lagu Rap Terbaik dan Persembahan Rap Terbaik menerusi kolaborasi lagu Sicko Mode dengan Drake. -KopiPlanet.com