Cerita ArtisHiburan

Lady Gaga Dedah Hubungan Dengan Tunang Sudah Berakhir

Penyanyi Amerika Selatan Stefani Joanne Angelina Germanotta atau dikenali sebagai Lady Gaga, 39, mendedahkan telah putus tunang bersama Christian Carino, 49, baru-baru ini.

Menurut sumber People, penyanyi popular lagu Bad Romance enggan memberitahu punca sebenar pasangan ini mengakhiri tali pertunangan mereka kepada umum.

“Ia tidak dapat diselamatkan lagi. Hubungan kadangkala berakhir. Namun tiada sebarang kisah dramatik di sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, berita kekecohan tentang perpisahan ini tersebar ketika anugerah Oscar di mana Gaga diumumkan tercalon dalam pelakon terbaik menerusi filem A Star is Born.

Sebelum ini, Christian tidak menghadiri anugerah Grammy 2019 malah Gaga turut tidak memakai cincin pertunangan telah menimbulkan spekulasi peminat mengenai hubungan mereka.

Terdahulu, pasangan ini mula menjalinkan hubungan serius sejak tahun 2017 dan mengumumpertunangan mereka bulan Oktober tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button